Saturday, November 28, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA ADIL ADHA


Oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat.

Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.

Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.

Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :

“Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim)

Ikhlas,

Presiden PAS

Friday, November 27, 2009

GAMBAR - GAMBAR PROGRAM QURBAN 1430 PERINGKAT CAWANGAN

Program Qurban 1430H peringkat Cawangan pada tahun ini dijalankan pada pagi 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H iaitu pada Hari Raya pertama Aidil Adha. Program bermula sebaik sahaja selesai mengerjakan solat sunat Aidil Adha. Lebih 70 orang menjayakan program itu yang terdiri daripada penduduk kampung dan anak - anak yang pulang berhariraya.

Sebanyak empat ekor lembu disembelih untuk majlis itu untuk tahun ini. Program tahunan itu diketuai oleh Saudara M. Shukrimun Shamsudin iaitu Ketua PAS Cawangan yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus.












SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

Saf Kepimpinan dan warga PAS Cawangan Kg. Banggol Pauh mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua berada. Semoga ibadah Qurban mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahuwataala.
Islamic Greeting Card by Alhabib

Thursday, November 19, 2009

158 kes taun, seorang mati di T'ganu

Bernama
18 Nov, 09 5:47pm

Kes taun kini melibatkan sejumlah 158 kes dengan satu kematian sejak penularan wabak itu di Terengganu pada 11 Nov lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata sejumlah 112 kes dikesan daripada 402 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan, dan 42 kes cirit-birit yang pulih telah dibenarkan pulang.

Katanya, 46 kes lagi adalah daripada 1,072 kontak terdekat daripada kes-kes taun yang dilaporkan.

"Kesemua kes yang disahkan taun termasuk kes daripada kontak dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Mereka hanya dibenarkan pulang setelah ujian najis mengesahkan mereka bebas daripada kuman taun selama tiga hari berturut-turut.

"Dua kes taun sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Kematian kekal satu dan tiada kematian baru dilaporkan," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan untuk memastikan tiada penularan wabak itu ke kawasan lain.

Katanya, sebanyak 60 premis telah diperiksa, 11 premis telah ditutup termasuk lima kilang ais berikutan tahap kebersihan yang tidak baik dan 71 sampel air dan 50 sampel makanan diambil untuk ujian kuman.

"Keputusan makmal bagi 35 sampel air dan makanan adalah negatif kepada (kuman) Vibrio cholerae manakala 86 sampel masih lagi menunggu keputusan," kata beliau.

Beliau berkata sebanyak 36 telaga diklorin, 304 tandas dan 135 tempat pembuangan sampah telah didisinfeksi.

Katanya, hebahan awam mengenai langkah kawalan dan pencegahan turut dijalankan dan meminta orang ramai untuk memberi kerjasama kepada aktiviti itu terutamanya kepada nasihat mendapatkan rawatan segera dan mengelak diri daripada makan atau minum di premis makanan yang kotor termasuk penjaja bergerak.

Sehingga semalam, sebanyak 1,341 sesi pendidikan kesihatan telah diadakan di kawasan yang terlibat dengan wabak taun, 238 hebahan awam telah dilakukan dan 6,776 risalah dan poster diedarkan. BERNAMA

ULANGTAHUN SYUHADA MEMALI KALI KE 24


oleh Ust Nasarudin Tantawi
KedahLanie.blogspot.com

1. Biarpun 24 tahun telah berlalu , tragedi Memali yang menyaksikan kekejaman UMNO dan BN masih segar dalam ingatan ummat Islam khasnya keluarga syuhada' Memali .

2. Insyaallah , saya dan Ustaz Azman Syafawi [ Timbalan Ketua DPPP ] akan menziarahi maqam syuhada' Memali hari ini bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah .

3. Perginya asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan - rakan adalah kehilangan besar buat perjuangan Islam di Malaysia amnya dan Kedah khasnya .

4. Malangnya ada pihak yang cuba untuk mempalit persepsi negatif kononnya perjuangan syuhada' Memali adalah pelampau agama dan lebih jahat apabila syuhada' dikaitkan sebagai ajaran sesat sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo tempohari .

5. Namun saya yakin , firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat : 169 :

dan janganlah engkau menyangka orang yang mati terbunuh di jalan Allah swt itu mati , akan tetapi mereka hidup dan di sisi Allah swt mereka senantiasa mendapat rezeki .

Biarpun 24 tahun telah berlalu , perjuangan mereka masih hidup di hati ummat Islam . Al Faatihah buat semua para syuhada' Memali .

Wednesday, November 18, 2009

AIDILADHA TAHUN INI JATUH PADA 27 NOVEMBER

Sumber Bernama

KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA

Royalti Oh Royalti…

email oleh zz
17 November 2009
Kenyataan Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini yang menyatakan bahawa Kelantan akan diberikan wang ehsan dari hasil petroleum, telah menyebabkan ramai kalangan Ahli-Ahli Parlimen dari Kelantan khususnya dari PAS bangkit mempersoalkan kewajaran pemberian didalam bentuk wang ehsan. Apa yang dituntut oleh mereka ialah bayaran royalti sebagaimana yang pernah di terima oleh Terengganu, semenjak tahun 1979 hingga tahun 2000, apabila ianya dirampas oleh kerajaan pusat dan ditukar nama kepada wang ehsan.

Ironinya, apabila 2 orang Ahli Parlimen dari Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, apabila ditanya oleh pemberita kewajaran wang ehsan terbabit, mereka dengan tanpa rasa malu, meminta rakyat Kelantan menerima sahaja pemberian wang ehsan tersebut, tanpa memikirkan bahawa merekalah sepatutnya sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat, memperjuangkan hak rakyat Terengganu yang telah dirampas oleh kerajaan Pusat.

Merujuk kepada Persidangan UMNO pada tahun 2001, antara usul-usul yang diterima tanpa bahas pada peringkat Pemuda ialah usul dari Pemuda Bahagian Kuala Nerus, iaitu :

1. Menjadikan wang ehsan sebagai senjata utama memperkasakan UMNO dan menawan semula Terengganu

2. Tatacara pengeluaran dan perbelanjaan wang ehsan hendaklah merentasi tatacara biasa perbelanjaan kerajaan.
(Utusan Malaysia 23.06.2001)

Inilah bukti pengkhianatan UMNO kepada rakyat Terengganu, apabila wang ehsan disalurkan terus kepada mereka.

Harap - harap dapat duit betul bukan replika

Ketika pemimpin dan rakyat Kelantan berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan hak mereka disisi Perlembagaan, pemimpin Terengganu khusunya UMNO, dilihat hanya berlepas tangan tanpa melakukan sesuatu yang konkrit untuk berusaha mendapatkan balik royalti yang pernah menjadi hak mereka dahulu, walaupun mereka mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat.

Marilah kita pada pilihanraya ke 13 nanti, bertekad dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menumbangkan UMNO, bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh Negara.

Takbir…..

Klipod.

Monday, November 16, 2009

RUMAH MERTUA AJK PAS CAWANGAN KG BANGGOL PAUH TERBAKAR

Duyong Kecil 16 Nov. 2009


Sebuah rumah di kampong Duyong Kecil yang didiami oleh keluarga saudara Alias Nor atau lebih dikenali sebagai Man (gambar: berdiri di tengah) telah mengalami kebakaran pada tengahari tadi.


Kebakaran itu telah memusnahkan keseluruhan rumah kayu tersebut menyebabkan semua penghuninya tinggal sehelai sepinggang. Turut musnah adalah empat buah motorsikal yang diletakkan di bawah rumah tersebut. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan tidak menolak kemungkinan disebabkan oleh litar pintas.


Sehubungan dengan itu PAS Cawangan melalui setiausahanya menyeru kepada sesiapa sahaja terutamanya ahli – ahli agar dapat menghulurkan derma bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa. Beliau juga melahirkan kesyukuran tiadanya kemalangan jiwa yang berlaku.

Sesiapa yang ingin menderma bolehlah dimasukkan terus ke akaun Saudara Alias Nor sebagaimana berikut :
Bank : RHB
No Acc : 16301500042440
Nama : Alias Nor Ismail

GAMBAR2 MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS PAS KAWASAN KUALA NERUS



Tarikh : 14 Nov 2009
Tempat : Dataran AtTaqwa, Batu 6

LAYAN GAMBAR JE
UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

UCAPAN PENGARAH PROGRAM : YB ADUN BT TUNGGAL

UCAPAN PERASMI : YB TUAN GURU PRESIDEN




Upacara Perbarisan & Menaikkan Bendera











Majlis Penyampaian Hadiah












Persembahan Nasyid Kanak2 PASTI




Permandangan Dari Udara Suasana Program











wartawan


Geng Veteran








PETUGAS - PETUGAS




Ketua & S/U Cawangan


Mokcik - mokcik nak enterprem gak





Ahli Veteran PAS Cawangan

Pok Coh


Pok Din


Pok Lim