Friday, February 5, 2010

GOTONG - ROYONG MEMBERSIH KAWASAN PERKUBURAN

Satu program gotong - royong Membersih Kawasan Perkuburan anjuran Badan Khairat Kg Banggol Pauh telah berlangsung dengan jayanya pada 05 Februari 2010.
Seramai hampir 40 orang penduduk kampung dan ahli badan tersebut hadir seawal jam 8 pagi bagi menjayakan program yang dirancang diadakan setiap 3 bulan sekali itu.
Program berakhir jam 12 tengahari selepas semua yang hadir menikmati sedikit juadah yang disumbangkan oleh orangramai.

(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Masih banyak tempat kosong, tak payah tempah, boleh pilih kat mana suka





motor banyak orang tadak

kerja sudah, makan pun sudah, mari bersembang la pulak

sessi sembang pemuda



posing menarik oleh Tok Bilal

Ketua Pemuda sedang memberi arahan kepada anak buah



Jawatan : Ketua Penggali, kena pastikan tempat yang akan digali bebas dari periuk api



Jejaka pemalu sedia menerima pinangan

dah bersih dah

Sessi sembang sambil makan - makan, cuba perhati sapa yang ada dalam gambar ...OKU (Orang Kuat Umno) ade, tapi orang kita ramai tak ada ..apake hal

Friday, January 29, 2010

PROGRAM DAURAH TADRIBIYYAH PERINGKAT DUN BT TUNGGAL

Gambar - gambar sekitar Majlis Perasmian (teks akan diupdate kemudian)
Tarikh : 29 Januari 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Khidmat DUN Bt Tunggal


backdrop program

ketibaan Perasmi Dato' Ustaz Husin Awang

ni kemudahan terbaru yang terdapat di Pusat Khidmat - siaran live untuk dewan bawah

Saturday, November 28, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA ADIL ADHA


Oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat.

Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.

Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.

Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :

“Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim)

Ikhlas,

Presiden PAS

Friday, November 27, 2009

GAMBAR - GAMBAR PROGRAM QURBAN 1430 PERINGKAT CAWANGAN

Program Qurban 1430H peringkat Cawangan pada tahun ini dijalankan pada pagi 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H iaitu pada Hari Raya pertama Aidil Adha. Program bermula sebaik sahaja selesai mengerjakan solat sunat Aidil Adha. Lebih 70 orang menjayakan program itu yang terdiri daripada penduduk kampung dan anak - anak yang pulang berhariraya.

Sebanyak empat ekor lembu disembelih untuk majlis itu untuk tahun ini. Program tahunan itu diketuai oleh Saudara M. Shukrimun Shamsudin iaitu Ketua PAS Cawangan yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus.












SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

Saf Kepimpinan dan warga PAS Cawangan Kg. Banggol Pauh mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua berada. Semoga ibadah Qurban mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahuwataala.
Islamic Greeting Card by Alhabib

Thursday, November 19, 2009

158 kes taun, seorang mati di T'ganu

Bernama
18 Nov, 09 5:47pm

Kes taun kini melibatkan sejumlah 158 kes dengan satu kematian sejak penularan wabak itu di Terengganu pada 11 Nov lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata sejumlah 112 kes dikesan daripada 402 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan, dan 42 kes cirit-birit yang pulih telah dibenarkan pulang.

Katanya, 46 kes lagi adalah daripada 1,072 kontak terdekat daripada kes-kes taun yang dilaporkan.

"Kesemua kes yang disahkan taun termasuk kes daripada kontak dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Mereka hanya dibenarkan pulang setelah ujian najis mengesahkan mereka bebas daripada kuman taun selama tiga hari berturut-turut.

"Dua kes taun sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Kematian kekal satu dan tiada kematian baru dilaporkan," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan untuk memastikan tiada penularan wabak itu ke kawasan lain.

Katanya, sebanyak 60 premis telah diperiksa, 11 premis telah ditutup termasuk lima kilang ais berikutan tahap kebersihan yang tidak baik dan 71 sampel air dan 50 sampel makanan diambil untuk ujian kuman.

"Keputusan makmal bagi 35 sampel air dan makanan adalah negatif kepada (kuman) Vibrio cholerae manakala 86 sampel masih lagi menunggu keputusan," kata beliau.

Beliau berkata sebanyak 36 telaga diklorin, 304 tandas dan 135 tempat pembuangan sampah telah didisinfeksi.

Katanya, hebahan awam mengenai langkah kawalan dan pencegahan turut dijalankan dan meminta orang ramai untuk memberi kerjasama kepada aktiviti itu terutamanya kepada nasihat mendapatkan rawatan segera dan mengelak diri daripada makan atau minum di premis makanan yang kotor termasuk penjaja bergerak.

Sehingga semalam, sebanyak 1,341 sesi pendidikan kesihatan telah diadakan di kawasan yang terlibat dengan wabak taun, 238 hebahan awam telah dilakukan dan 6,776 risalah dan poster diedarkan. BERNAMA

ULANGTAHUN SYUHADA MEMALI KALI KE 24


oleh Ust Nasarudin Tantawi
KedahLanie.blogspot.com

1. Biarpun 24 tahun telah berlalu , tragedi Memali yang menyaksikan kekejaman UMNO dan BN masih segar dalam ingatan ummat Islam khasnya keluarga syuhada' Memali .

2. Insyaallah , saya dan Ustaz Azman Syafawi [ Timbalan Ketua DPPP ] akan menziarahi maqam syuhada' Memali hari ini bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah .

3. Perginya asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan - rakan adalah kehilangan besar buat perjuangan Islam di Malaysia amnya dan Kedah khasnya .

4. Malangnya ada pihak yang cuba untuk mempalit persepsi negatif kononnya perjuangan syuhada' Memali adalah pelampau agama dan lebih jahat apabila syuhada' dikaitkan sebagai ajaran sesat sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo tempohari .

5. Namun saya yakin , firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat : 169 :

dan janganlah engkau menyangka orang yang mati terbunuh di jalan Allah swt itu mati , akan tetapi mereka hidup dan di sisi Allah swt mereka senantiasa mendapat rezeki .

Biarpun 24 tahun telah berlalu , perjuangan mereka masih hidup di hati ummat Islam . Al Faatihah buat semua para syuhada' Memali .