Wednesday, November 18, 2009

Royalti Oh Royalti…

email oleh zz
17 November 2009
Kenyataan Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini yang menyatakan bahawa Kelantan akan diberikan wang ehsan dari hasil petroleum, telah menyebabkan ramai kalangan Ahli-Ahli Parlimen dari Kelantan khususnya dari PAS bangkit mempersoalkan kewajaran pemberian didalam bentuk wang ehsan. Apa yang dituntut oleh mereka ialah bayaran royalti sebagaimana yang pernah di terima oleh Terengganu, semenjak tahun 1979 hingga tahun 2000, apabila ianya dirampas oleh kerajaan pusat dan ditukar nama kepada wang ehsan.

Ironinya, apabila 2 orang Ahli Parlimen dari Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, apabila ditanya oleh pemberita kewajaran wang ehsan terbabit, mereka dengan tanpa rasa malu, meminta rakyat Kelantan menerima sahaja pemberian wang ehsan tersebut, tanpa memikirkan bahawa merekalah sepatutnya sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat, memperjuangkan hak rakyat Terengganu yang telah dirampas oleh kerajaan Pusat.

Merujuk kepada Persidangan UMNO pada tahun 2001, antara usul-usul yang diterima tanpa bahas pada peringkat Pemuda ialah usul dari Pemuda Bahagian Kuala Nerus, iaitu :

1. Menjadikan wang ehsan sebagai senjata utama memperkasakan UMNO dan menawan semula Terengganu

2. Tatacara pengeluaran dan perbelanjaan wang ehsan hendaklah merentasi tatacara biasa perbelanjaan kerajaan.
(Utusan Malaysia 23.06.2001)

Inilah bukti pengkhianatan UMNO kepada rakyat Terengganu, apabila wang ehsan disalurkan terus kepada mereka.

Harap - harap dapat duit betul bukan replika

Ketika pemimpin dan rakyat Kelantan berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan hak mereka disisi Perlembagaan, pemimpin Terengganu khusunya UMNO, dilihat hanya berlepas tangan tanpa melakukan sesuatu yang konkrit untuk berusaha mendapatkan balik royalti yang pernah menjadi hak mereka dahulu, walaupun mereka mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat.

Marilah kita pada pilihanraya ke 13 nanti, bertekad dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menumbangkan UMNO, bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh Negara.

Takbir…..

Klipod.

No comments: